February 26, 2009

Rakyat Batang Ai perlu membuat Pilihan yang bijak dan betul Pada Pilihan Raya kecil yang akan datang nanti


Baru-baru ini politik di Negara Malaysia telah menghadapi banyak dugaan dan cabaran terutamanya di Negeri Selangor, Perak, Kedah dan Sarawak. Ini kerana, terdapat pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Gantang di Perak ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala bagi Bukit Selambau di Kedah adalah akibat V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau. Dalam pada itu, bagi DUN Selangor kawasan Bukit Lanjan ialah akibat Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet. Kawasan Bukit Lanjan sehingga sekarang belum dikenal pasti akan mengadakan Pilihan Raya kecil atau tidak kerana Sultan Selangor telah menyerahkan Menteri Besar Selangor untuk menentukannya.Selain itu, bagi kawasan Batang Ai di Sarawak adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada 24 Februari 2009 kira-kira jam 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar.

Oleh itu, dalam menghadapi beberapa Pilihan Raya kecil ini, rakyat dari Kedah, Perak, Selangor dan Sarawak haruslah bijak dan memilih wakil rakyat yang dapat memberi pembangunan dan membantu penduduk di kawasan mereka. Oleh kerana, kawasan Batang Ai di Sarawak merupakan kerusi yang panas dan PKR akan mencuba sedaya upaya untuk mengambil kawasan DUN Batang Ai ini. Oleh itu, sebagai rakyat di kawasan Batang Ai perlulah memilih wakil rakyat yang dapat memberi pembangunan dan kemajuan kepada kawasan mereka. Janganlah mengundi mengikut emosi dan pengaruh dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana,semua nasib Batang Ai adalah terletak di rakyat kawasan Batang Ai. Biarlah kita berfikir, apakah yang akan dapat dibawa oleh pihak pembangkang jika mereka menang dalam kerusi DUN Batang Ai??? Kalau kita berfikir rasional dan waras bahawa pihak pembangkang ini Cuma tahu bercakap besar dan tidak membuat apa-apa kepada rakyat Batang Ai. Jika mereka menangpun, rakyat Batang Ai yang akan menghadapi keseksaan dan tiada pembangunan akan dibawa oleh mereka.

Dengan itu, rakyat Batang Ai perlulah mengetahui bahawa Cuma wakil rakyat dari BN yang akan terus membawa pembangunan dan kemajuan kepada Batang Ai. Ini kerana, kerajaan BN yang memerintah Negeri Sarawak dan memberi kemajuan selama ini adalah ekoran daripada usaha gigih dan kecemerlangan kerajaan BN. Bagi rakyat Batang Ai yang masih kekurangan pembangunan dan mundur ini perlulah memikir masa depan anak dan generasi muda mereka kerana mereka yang akan menentukan nasib Batang Ai ini. Mungkin masa kempen pilihan raya kecil di Batang Ai akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan serta menerima banyak surat layang dan khabar angin yang tidak betul tetapi apa yang perlu pengundi Batang Ai tahu bahawa mereka perlulah berfikiran waras dan rasional terhadap hal ini dan jangan mudah dipengaruh oleh pihak pembangkang.

Semoga kawasan Batang Ai di Sarawak ini terus diberkati oleh kerajaan BN agar rakyat Batang Ai dapat terus maju dan makmur. Wahai, Pengundi Batang Ai…Berfikirlah beberapa kali sebelum membuang undi demi masa depan anak dan cucu cici kita. Buatlah pilihan yang paling bijak demi pembangunan dan kemajuan kawasan Batang Ai.

7 comments:

jumpover said...

penulis ni penyokong bn.

tapi rami kami di Batang Ai akan mengundi PKR-Pakatan Rakyat. Kami tidak mahu lagi gula2 basi dari pada bn. kamu tahu kah...berapalama bn dah pegang swk.orang batang ai ada banyak pembangunan kah?? sampai berapa ratus tahun nak tunggu bn berlaku adil di batang ai. Buka mata kamu besar sikit..

apa kau nak tulis,,tulislah. kami akan undi PKR. Tak ada rugi kami singkir bn yang diketuai oleh si babun tu.

Unknown said...

Penulis blog ini lah yang menyebabkan rakyat Sarawak miskin seperti pengemis dan harapkan BN bagi gula-gula semasa pilihan raya!

Kepada Pengundi Batang Ai, fikirlah waras sama ada nak terus jadi pengemis seumur hidup ke nak buat perubahan?

Berani buat perubahan!
Janganlah hingga nasib anak cucu tergadai dengan gula-gula yg diberikan oleh BN!

PineappleTown said...

Jumpover dan People...
Saya rasa kamu orang salah faham. Kita hendaklah membalas budi baik kerajaan BN kerana selama pemerintahan kerajaan BN di Batang Ai, terdapat banyak pembangunan yang diberikan seperti Empangan Batang Ai yang menjana elektrik ke seluruh kawasan Sarawak, sebuah resort yang cantik terletak di Sungai Batang Ai, dan kemudahan lain yang telah memberi manfaat kepada rakyat Batang Ai. Oleh itu, berfikirlah sebelum mengundi kerana Kerajaan BN yang dapat memberi pembangunan kepada rakyat Batang Ai. Pembangkang hanya tahu bercakap kosong dan tidak dapat membuat apa-apa. Oleh itu, harap jumpover dan people berfikirlah untuk anak dan cucu cicit kamu sebelum mengundi. Pilihan BN adalah paling baik...

jumpover said...

LEBIH BAIK MENGUNDI PR DR MENGUNDI BN YANG SERING KALI BERCAKAP KOSONG.
KATA ADA EMPANGAN HIDRO, AWAK TAHU KAH ??? BELUM SEMUA PENDUDUK DI KWSN B AI DAPAT BEKALAN ELEKTRIK.

KITA DEMOKRASI. KAU NAK UNDI BN UNDILAH TAPI RAMAI KAMI SEKARANG BERALIH KEPADA PR.

PineappleTown said...

Jumpover...
Kamu sudah berangapan salah terhadap kerajaan sekarang. Ini kerana, pembinaan Empangan Hidro memerlukan perancangan yang lama, bukan mahu membina, terus membina. kos kewangan juga perlu difikirkan dan tempat yang strategik juga perlu dikenal pasti. Bagilah peluang kerajaan BN terus membawa pembangunan kepada rakyat Batang Ai. Kerajaan BN akan mencuba sedaya upaya agar semua rakyat Batang Ai mendapat bekalan elektrik kerana kawasan Batang Ai agar luas. Oleh itu, pembangunan Batang Ai mesti ikut peringkat demi peringkat. Saya berharap Jumpover dapat terus sokong BN kerana BN yang akan membawa masa depan yang cerah kepada rakyat Batang Ai. PR cuma tahu bercakap kosong di DUN dan tidak membawa pembangunan kepada rakyat Batang Ai. Oleh itu, undilah BN demi masa depan cucu dan cicit kita.

jumpover said...

undilah PKR untuk keadilan cucu cicit dan generasi akan datang.

PineappleTown said...

Jumpover...
Undilah Barisan Nasional pada 7 April 2009 demi anak dan cucu cicit kita. Jangan hancurkan masa depan yang cerah ini... Selamat Bertanding...