Dalam zaman ini, kebanyakan rakyat pertengahan umur dan golongan remaja akan dapat mengekalkan gigi asal mereka hingga sepanjang hayat, katanya ketika melancarkan Bulan Kesihatan Oral anjuran bersama
Liow berkata bahawa Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam meningkatkan mutu kesihatan oral sejak 50 tahun yang lepas walaupun masih ada rakyat negara ini yang mengalami penyakit oral yang sepatutnya boleh dicegah.
Kebanyakan mereka ini, katanya, terdiri golongan yang tidak berpeluang mendapat maklumat atau sumber bagi menikmati kesihatan oral yang baik.
"Usaha menjamin kesamarataan dalam bidang kesihatan ini merupakan satu cabaran besar. Kita perlukan pendekatan yang pelbagai termasuk penjagaan klinikal, program kemasyarakatan dan penyelidikan," katanya.
Liow berkata bahawa tahun lepas, 62.3 peratus daripada mereka yang berumur 12 tahun dan 53 peratus yang berumur 16 tahun di Malaysia tidak mengalami sebarang masalah gigi berlubang.
Bagaimanapun, hanya 32.2 peratus kanak-kanak berumur enam tahun yang tidak mengalami masalah gigi reput, katanya.
Tahun lepas, seramai 566,685 kanak-kanak tadika dan 2.7 juta pelajar sekolah rendah diberi tunjuk ajar mengenai cara menggosok gigi yang betul.
Sumber-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment