November 12, 2010

Subsidi diesel akan dilanjutkan: Dr Chan

KUCHING: Kapal luar pantai, bot tunda, tongkang dan lain-lain yang beroperasi di negeri ini di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) tidak lama lagi akan menikmati lanjutan subsidi diesel ekoran kertas kerja yang dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Industri pada mesyuarat ‘Jawatan- kuasa Bersama Industri’ (JBI) 8 Oktober lepas.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan menterinya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Mukhriz Mahathir juga memperlihatkan satu lagi kertas kerja yang menyentuh tambahan pengecualian cukai keuntungan perkapalan melibatkan feri, bot tunda, tongkang dan lain-lain yang ber-operasi di Sarawak di bawah Akta Cukai Pendapatan.

“Matlamat utama kami ialah menurunkan kos pengangkutan barang dan seterusnya kos berniaga di negeri ini sejajar dengan keperluan yang ber-ubah bagi membolehkan perniagaan kita lebih berdaya saing,” katanya yang juga Menteri Pembangunan Industri semasa menyampaikan ucapan penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau menambah disebabkan oleh faktor geografi yang unik, Sarawak banyak bergantung kepada kapal-kapal luar pantai dan sungai sebagai kaedah pengangkutan utama.

Katanya, kapal-kapal ini memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menyampaikan barangan seperti maka-nan, jentera, bahan binaan dan lain-lain ke banyak bandar kawasan pantai dan kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, Dr Chan menyatakan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, feri, kapal tunda, tongkang dan lain-lain yang beroperasi di sini tidak dilayan sama seperti kapal-kapal biasa lain yang didaftarkan di Malaysia.

Maka itu, di bawah Seksyen 54A Akta Cukai Pendapatan 1967, pengangkutan tersebut dikecualikan daripada pe-ngecualian cukai ke atas ke-untungan perkapalan.

“Untuk berlaku adil kepada pengusaha perkapalan ini di Sarawak, kami telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya melonggarkan peraturan dengan melanjutkan pengecualian cukai itu kepada kategori kapal yang beroperasi di sini.

“Selain itu, kementerian mengesyorkan supaya diesel bersubsidi di bawah SKDS dilanjutkan pada kapal luar pantai, bot tunda dan tongkang.

“Pengangkutan luar pantai dan sungai ini perlu dilayan sama seperti bot ekspres, lori, dan bas yang kini menikmati subsidi bahan bakar sedemi-kian supaya mereka dapat me-ngurangkan kos operasi dan kos pengangkutan barang ke bandar tepi pantai dan kawa-san pedalaman di Sarawak,” katanya.

Beliau juga menegaskan cadangan kementeriannya ber-asas disebabkan oleh faktor geografi yang unik di Sara- wak dan kekurangan jalan yang baik di negeri ini.

Dalam keadaan sedemikian, pengangkutan luar pantai dan sungai memainkan peranan penting dan kritikal dalam kehidupan penduduk luar bandar serta bagi ekonomi negeri.

“Kita berharap kerajaan persekutuan akan menimbang rayuan kita dengan sewajarnya dan memberi bantuan yang diperlukan,” katanya.


Sumber : Utusan Online

No comments: