February 10, 2011

Pelajar miskin layak terima bantuan KWAMP

Walaupun nama ibu bapa tiada dalam senarai e-kasih, namun kriteria akan diambil daripada SMM

KUCHING: Pelajar yang ibu bapanya tidak tersenarai dalam e-kasih kini boleh merasa lega apabila mereka juga layak untuk menerima bantuan persekolahan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP).

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata ia berikutan daripada pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa bermula pada tahun ini kriteria penerima KWAMP bukan sahaja berlandaskan e-kasih tetapi juga melalui Sistem Maklumat Murid (SMM).

“Tahun lepas (2010) jika ibu bapa pelajar tersenarai dalam e-kasih maka mereka layak menerima bantuan KWAMP namun e-kasih bukan satu data yang lengkap kerana ia satu proses on-going (yang sentiasa berjalan).

“Jika kita terus menggunakan data e-kasih mungkin ramai yang sepatutnya mene-rima bantuan tidak menda-patnya kerana hanya bergantung kepada maklumat terbabit,” katanya pada sidang me-dia selepas menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Justeru katanya dengan pekeliling yang dikeluarkan pada 12 Januari lepas maka pelajar atau murid yang tidak menerima bantuan tahun lepas kerana berdasarkan e-kasih kini boleh mendapatkanya.

Menurut beliau sebelum ini penerima KWAMP sememang berdasarkan SMM tetapi tahun lepas ia meng-gunakan data e-kasih yang menunjukkan statistik pene-rima KWAMP menurun secara mendadak.

“Dengan menggunakan SMM daripada Jabatan Pelajaran serta data e-kasih ini kita berharap ia memberi lebih ramai peluang mereka yang layak menerima bantuan tanpa mengira bangsa dan di sekolah mana,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu berharap lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Limbang minggu hadapan diharap dapat memperjelaskan lagi mengenai bantuan KWAMP itu.

Pelajar yang layak menerima KWAMP adalah tergolong daripada keluarga miskin dan miskin tegar yang mana pelajarnya akan diberikan bantuan am persekolahan dan bulanan.

Bagi murid sekolah rendah miskin tegar mereka menerima keseluruhan RM700 (bantuan am dan bulanan) sementara sekolah menengah RM900 (bantuan am dan bulanan).

Sementara bagi murid sekolah rendah kategori miskin menerima RM450 sementara pelajar sekolah menengah RM600 masing-masing untuk jumlah keseluruah bantuan am dan bulanan.

Fatimah menjelaskan KWAMP yang diperkenalkan pada tahun 2003 adalah usaha kerajaan untuk membantu pelajar miskin dalam mene-ruskan pendidikan bagi meng-elak mereka daripada tercicir.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu dan permasalahan yang dihadapi ketika perjumpaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak baru-baru ini di Miri.

Jelasnya selain berkaitan isu dan masalah di kawasan masing-masing, turut diajukan adalah berkaitan dengan peringkat negeri dan ia termasuk bidang pendidikan (bantuan KWAMP).

“Sebagai wakil rakyat pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan satu peluang ke-emasan tanpa mengguna- kan orang tengah dan terus mendapat reaksi daripada beliau.

“Namun apa yang saya kemukakan mungkin sama atau berbeza dengan wakil rakyat yang lain tetapi sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar adalah menjadi keutamaan kepada kami menekankan isu berkaitan kemudahan asas dan infrastruktur,” tegasnya yang juga ADUN Dalat.

No comments: