February 4, 2011

Swasta harus berperanan aktif dalam pembangunan: KM

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sudah tiba masanya untuk sektor swasta memainkan peranan aktif dalam pembangunan Sara-wak, bukan menyerahkan sepenuhnya tugas itu kepada kerajaan.

Beliau berkata sektor swasta yang terdiri daripada perusahaan perniagaan kecil dan besar mesti sedia menerima cabaran dan berganding bahu dengan kerajaan negeri untuk mencapai agenda pembangunan yang semestinya memberi manfaat kepada rakyat, negeri dan negara.

Taib menambah setiap rakyat Sarawak memainkan peranan sama penting dalam memastikan negeri ini mencapai pembangunan serta kemewahan yang lebih membanggakan menuju tahun 2020 dan pada tahun-tahun se-terusnya.

“Semua kita mesti terus komi-ted dan berazam untuk bekerja le-bih keras agar impian pembangunan kita tercapai.

“Komitmen daripada semua peringkat masyarakat akan memberi kita kekuatan untuk berdepan dengan cabaran mendatang terutamanya dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di ba-wah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya dalam perutusan khas beliau sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Taib turut menyifatkan 2011 sebagai tahun yang amat penting bagi negeri Sarawak kerana ia menandakan bermulanya RMK-10 dengan objektif utama untuk me-nyediakan asas kukuh mentransformasikan ekonomi daripada pendapatan pertengahan kepada pendapatan tinggi dan ekonomi lebih maju menjelang 2020.

“Oleh itu di bawah RMK-10 pertumbuhan Sarawak amat bergantung kepada penglibatan aktif sektor swasta,” ujarnya.

Selain itu katanya, kerajaan ne-geri akan memberi penekanan kepada usaha mewujudkan rakan kongsi antara kerajaan dan swasta dalam melaksanakan agenda pembangunan menjelang 2020.

Beliau berkata bagi mencapai impian itu, sektor swasta digesa lebih komited dan aktif dalam proses pembangunan negeri Sara-wak.

“Kerajaan pula akan terus memainkan peranannya sebagai pemudah cara dengan menyedia-kan infrastruktur asas ekonomi dan sosial serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk per-niagaan dan kehidupan berkualiti kepada rakyat.

“Usaha akan dirancakkan lagi untuk menambah baik infrastruktur perindustrian, rangkaian peng-angkutan dan sistem logistik.

“Pada masa sama menyediakan sumber manusia berkualiti dari segi kemahiran mengurus, kemampuan teknikal, kreatif dan sumber manusia kreatif bagi memenuhi permin-taan industri-industri,” ujarnya.

Taib menambah, kejayaan pe-laksanaan RMK-10 akan membawa Sarawak mencapai empat objektif utama pembangunan ne-geri iaitu pembangunan seimbang dan mapan, pertumbuhan pesat ekonomi lestari, pengagihan pendapatan sama rata dan kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik.

“Memahami perkara ini, penstrukturan semula dan transformasi ekonomi adalah suatu yang tidak dapat dilaksanakan dalam sekelip mata… kita perlu berfikir jauh ke hadapan, mungkin 20 tahun atau lebih.

“Ia juga memerlukan perancangan yang lebih komprehensif dan berhati-hati serta mengukuhkan lagi infrastruktur ekonomi, sosial dan fizikal dan paling penting membangunkan sumber manusia kita,” jelasnya.

No comments: