March 3, 2011

2011/03/03 CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempelawa Australia yang beliau sifatkan sebagai rakan, menjadi peserta dalam rancang

CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempelawa Australia yang beliau sifatkan sebagai rakan, menjadi peserta dalam rancangan transformasi bagi membolehkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.


Najib berkata, oleh kerana Malaysia menaruh harapan tinggi untuk mencapai status negara maju, kata kunci untuk mencapainya ialah menerusi transformasi.
"Kami menggunakan istilah transformasi, transformasi adalah istilah perangsang. Kami yakin kami boleh lakukan itu dengan sokongan rakan kami seperti Australia.
"Kami perlukan pelaburan asing, kami perlukan bakat, pelajaran, hubungan rakyat dengan rakyat untuk mentransformasi Malaysia," katanya pada majlis jamuan tengah hari diberikan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Najib berkata, beliau percaya hubungan akrab Malaysia-Australia yang termeterai sejak beberapa tahun dalam banyak bidang, akan menjadi lebih kukuh.

Pada majlis itu, Najib mengambil peluang melahirkan penghargaannya yang mendalam terhadap rakan sejawatannya itu dan kerajaan Australia kerana membantu rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terjejas oleh banjir baru-baru ini.

Beliau juga menyatakan penghargaan kerana usaha yang membolehkan Malaysia menghulur bantuan kepada pelajar Malaysia khususnya di Queensland.
Beliau turut mengucapkan tahniah kerana pihak berkuasa Australia begitu profesional menangani situasi dan memberi bantuan pantas kepada begitu ramai orang yang terjejas oleh banjir.

"Tetapi apa yang mempesonakan kebanyakan kami ialah semangat waja dan kesabaran rakyat Australia bergabung tenaga dan membantu satu sama lain," katanya. - BERNAMA

No comments: