SEPANG 3 Mac – AirAsia X wajar dibenarkan memenuhi kekerapan mana-mana laluan yang tidak dapat dipenuhi oleh Malaysia Airlines (MAS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Walaupun permintaan ada, dalam banyak kes, MAS tidak dapat menyediakan kekerapan itu. Oleh itu, apabila mereka tidak dapat menyediakan kekerapan yang diperlukan, adalah adil untuk membenarkan AirAsia X mengisinya,” kata bekas Perdana Menteri itu.
"Sudah semestinya ada saingan, namun terpulang kepada AirAsia X dan MAS mencari jalan untuk memastikan laluan terbabit berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat dan akademi AirAsia di sini.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai AirAsia X yang bersaing untuk laluan MAS, seperti destinasi ke Australia dan Amerika Syarikat. – Bernama
No comments:
Post a Comment