Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peniaga tidak ada sebab untuk berbuat demikian kerana kebanyakan barang keperluan harian tidak diimport dari negara matahari terbit itu.
Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau harga barang di pasaran bagi mengurangkan beban rakyat.
Mengenai harga minyak, Ismail Sabri berkata tiada tanda harga bahan itu akan turun berikutan harga minyak global semakin naik yang memaksa kerajaan menanggung subsidi lebih RM4 bilion lagi agar tidak membebankan rakyat.
Katanya, sepanjang tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.3 bilion sebagai subsidi minyak dan barangan pengguna.
Walaupun subsidi itu membebankan, namun kerajaan belum bercadang menghentikannya, sebaliknya berusaha mencari kaedah lain bagi mengurangkan bebanan itu, kata beliau. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment