March 3, 2011

BN yang kuat bersedia: Dr Chan

Konvensyen bn s’wak jamin kekuatan pasukan yang mengagumkan pada pilihan raya negeri

TERTARIK: Dr Chan mendengar penjelasan poster pertandingan reka logo daripada Mark sempena pertandingan mereka cipta logo Yayasan Perpaduan Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkeyakinan bahawa Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak hujung minggu ini akan menjamin kekuatan yang mengagumkan bagi BN negeri berdepan pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata presidennya Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan semalam.

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata SUPP berharap gagasan BN di Sarawak akan bekerjasama sebagai sebuah barisan yang bersatu susulan konvensyen itu, yang dijangka amat penting di tengah-tengah spekulasi yang memuncak bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang mempunyai 71 anggota, berkemungkinan dibubarkan pertengahan bulan ini.

“Kami akan menyertai pilihan raya ini sebagai BN yang kuat,” katanya pada sidang media sempena pertandingan mereka cipta logo Yayasan Perpaduan Sarawak di peja-batnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.

Kira-kira 5,000 perwakilan daripada kesemua empat parti komponen BN dan pelaksana dasar akan turut diberi peluang membahaskan isu penting, terutamanya Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan cara menterjemahkannya untuk meningkatkan per-khidmatan kepada rakyat.

Sambil mengakui bahawa beliau tidak tahu tarikh sebenar pilihan raya negeri, Dr Chan berkeyakinan penuh bahawa SUPP akan mencapai keputusan lebih baik berbanding pilihan raya negeri 2006 berdasarkan kerja keras parti, konsep pemikiran baru dan gandingan muka baru serta veteran yang akan diketengahkan bagi 19 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Saya harap kami boleh menang kesemua (19) kerusi. Kami mesti menyertai pilihan raya ini dengan penuh keyakinan,” katanya, sambil menambah amat penting bagi pengundi Cina, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, untuk menyedari betapa penting-nya mempunyai perwakilan dalam kerajaan.

Sungguhpun jawatankuasa kerja pusat parti telah memutuskan untuk mengekalkan kesemua 12 penyandang, beliau berkata ada di antara mereka mungkin mengambil keputusan untuk tidak ber-tanding kali ini.

Dua belas penyandang itu ialah Ranum Mina (Opar), Tan Joo Phoi (Batu Kawah), Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Dr Johnicol Rayong (Engkilili), Datuk Dr Soon Choon Teck (Dudong), Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Vincent Goh (Pelawan), Tan Sri Dr George Chan (Piasau), Andy Chia (Pujut), Datuk Lee Kim Shin (Senadin) dan Datuk David Teng (Repok).

Dalam perkembangan berasingan Dr Chan berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pandangan keterlaluan yang disiarkan media, khususnya yang

boleh mencetuskan ketegangan pada kalangan 27 kaum di negeri itu.

Katanya Sarawak ialah sebuah negeri unik kerana mempunyai penduduk pelbagai etnik yang hidup secara harmoni dan diiktiraf sebaga i model semangat 1Malaysia.

“Anda (media) boleh tulis mengenai apa saja tetapi jangan ada yang cuba merosakkan keharmonian kaum yang sangat penting bagi negeri dan pemimpin di negeri ini,” katanya lagi.

Beliau berkata rakyat Sara-wak terkenal dengan sikap mereka yang saling menghormati dan menghargai agama, kebudayaan serta tradisi masing-masing. — Bernama

No comments: