MIRI: Penulis-penulis blog tempatan memiliki senjata rahsia yang membolehkan mereka memenangi peperangan siber melawan tohmahan dan pembohongan dalam blog-blog pembangkang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memberitahu, senjata rahsia itu ialah pengetahuan mendalam mereka tentang keperluan rakyat dan negeri ini yang semestinya tidak dimiliki oleh pembangkang.
“Mereka fikir mereka tahu, tapi sebenarnya kita lebih tahu daripada mereka. Kita tahu cara untuk menyentuh hati mereka kerana kita tahu apa yang berlaku di tempat kita,” ujarnya ketika merasmikan Bengkel Media Baru anjuran Seksyen Komunikasi Strategik dan Majlis Keselamatan Negara Sarawak di sini petang semalam.
Beliau yakin akan kekuatan penulis-penulis blog tempatan walaupun penulisan mereka masih dianggap kurang menyengat oleh penulis-penulis dari Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mahu penulis blog tempatan membuktikan keupayaan mereka dengan menggunakan pengetahuan mendalam tentang Sarawak sebagai kekuatan penulisan sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap kerajaan.
Dr Chan yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, blog merupakan jentera baru kepada Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman rakyat tentang peranan kerajaan dan program pembangunan yang dilaksanakannya.
Pada musim pilihan raya ini, tambahnya, Internet merupakan kemudahan komunikasi yang penting untuk kerajaan BN menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat.
“BN memerlukan sokongan daripada penulis-penulis blog yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk menepis propaganda pembangkang yang sekarang disebarkan secara meluas di Internet,” katanya.
“Dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada, kita boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menyokong kita (BN). Kita perlu memikirkan cara baru yang bercitarasakan kehendak rakyat untuk memikat sokongan mereka. Kita perlu cari titik yang boleh menyentuh hati rakyat kita.”
BN, katanya, akan menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai bantuan kepada penulis-penulis blog menyampaikan mesej mereka dengan lebih cepat dan efisien.
Bengkel dua hari itu yang disertai penulis-penulis blog dari komponen parti BN Sarawak bertujuan untuk melatih dan membentuk unit media yang lebih mantap untuk BN.
Ia juga untuk mewujudkan jaringan antara blogger serta ahli Facebook, Twitter serta penggunaan YouTube untuk memperkuatkan pengetahuan pengguna Internet tentang BN.MIRI: Penulis-penulis blog tempatan memiliki senjata rahsia yang membolehkan mereka memenangi peperangan siber melawan tohmahan dan pembohongan dalam blog-blog pembangkang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memberitahu, senjata rahsia itu ialah pengetahuan mendalam mereka tentang keperluan rakyat dan negeri ini yang semestinya tidak dimiliki oleh pembangkang.
“Mereka fikir mereka tahu, tapi sebenarnya kita lebih tahu daripada mereka. Kita tahu cara untuk menyentuh hati mereka kerana kita tahu apa yang berlaku di tempat kita,” ujarnya ketika merasmikan Bengkel Media Baru anjuran Seksyen Komunikasi Strategik dan Majlis Keselamatan Negara Sarawak di sini petang semalam.
Beliau yakin akan kekuatan penulis-penulis blog tempatan walaupun penulisan mereka masih dianggap kurang menyengat oleh penulis-penulis dari Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mahu penulis blog tempatan membuktikan keupayaan mereka dengan menggunakan pengetahuan mendalam tentang Sarawak sebagai kekuatan penulisan sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap kerajaan.
Dr Chan yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, blog merupakan jentera baru kepada Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman rakyat tentang peranan kerajaan dan program pembangunan yang dilaksanakannya.
Pada musim pilihan raya ini, tambahnya, Internet merupakan kemudahan komunikasi yang penting untuk kerajaan BN menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat.
“BN memerlukan sokongan daripada penulis-penulis blog yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk menepis propaganda pembangkang yang sekarang disebarkan secara meluas di Internet,” katanya.
“Dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada, kita boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menyokong kita (BN). Kita perlu memikirkan cara baru yang bercitarasakan kehendak rakyat untuk memikat sokongan mereka. Kita perlu cari titik yang boleh menyentuh hati rakyat kita.”
BN, katanya, akan menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai bantuan kepada penulis-penulis blog menyampaikan mesej mereka dengan lebih cepat dan efisien.
Bengkel dua hari itu yang disertai penulis-penulis blog dari komponen parti BN Sarawak bertujuan untuk melatih dan membentuk unit media yang lebih mantap untuk BN.
Ia juga untuk mewujudkan jaringan antara blogger serta ahli Facebook, Twitter serta penggunaan YouTube untuk memperkuatkan pengetahuan pengguna Internet tentang BN.
No comments:
Post a Comment