KUCHING: Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan masih menunggu peruntukan daripada kerajaan pusat untuk pembinaan laluan memotong di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.
Michael Manyin
Demikian menurut Men-terinya Dato Sri Michael Manyin dengan memberitahu permohonan untuk pembina-an laluan memotong tersebut sudah dikemukakan awal tahun lepas namun masih belum menerima jawapan berhubung perkara itu.
“Disebabkan kita tidak mampu membina laluan ber-kembar, kita pada awal tahun lepas telah menghantar permohonan kepada kerajaan pusat untuk membina laluan khas untuk memotong di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo, namun sehingga kini permohonan itu masih belum diluluskan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pemanduan Berhemah Untuk Pemandu Bas di sini semalam.
Menurutnya dengan ada-nya laluan memotong itu nanti ia akan dapat mengurangkan kadar kemalangan di se-panjang lebuh raya itu.
“Laluan ini adalah seperti yang ada New Zealand di mana tiada lebuh raya dibina tetapi hanya laluan khas untuk pelbagai jenis kenderaan me-motong dibina dan ini pasti akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Itulah keutamaan kami sekarang, sebaik sahaja ia di-luluskan dan peruntukan di-salurkan kami akan terus membina laluan tersebut se-panjang laluan Serian-Sri Aman, Sri Aman-Serikei, Serikei-Sibu, Sibu-Bintulu dan Bintulu-Miri,” katanya.
Menurut Manyin, Lebuh Raya Pan Borneo yang sepanjang sekitar 800 kilometer (km) itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
“Lebuh Raya Pan Borneo adalah di bawah kerajaan pusat dan semua kerja-kerja penambahbaikan lebuh raya itu juga adalah di bawah kerajaan pusat, disebabkan itu kami sentiasa memohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja tersebut,” katanya.
Manyin terdahulunya dalam ucapan perasmiannya tidak menafikan keadaan Lebuh Raya Pan Borneo tidak sebaik lebuh raya di Semenanjung Malaysia dan sering menjadi punca kemalangan jalan raya.
Justeru beliau amat mengharapkan agar pengguna lebuh raya tersebut dapat sentiasa menitikberatkan tahap keselamatan mereka.
“Tidak dinafikan bahawa ada kemalangan berlaku berpunca daripada jalan raya yang tidak sesuai dan setaraf dengan lebuh raya di Semenanjung Malaysia.
“Oleh itu, kita harap pengguna jalan raya di negeri untuk sentiasa bersabar, berjati-hati dan seharusnya saling menghormati sesama pengguna jalan raya agar sedikit sebanyak kadar kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Rano Alwino Akat.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment