June 19, 2011

Malaysia di tangga pertama ASEAN dalam Indeks Keamanan Dunia

BESUT: Malaysia berada di tangga pertama di ASEAN dan kedua di Asia selepas Jepun, sebagai negara yang berjaya mengekalkan perpaduan pada kalangan rakyatnya menurut senarai Indeks Keamanan Dunia (GPI).

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Azmin Hassan berkata GPI yang dikeluarkan baru-baru ini juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-19 dunia.

“Kejayaan negara dalam memupuk perpaduan itu telah menarik perhatian dunia yang ingin mempelajari cara bagaimana Malaysia melakukannya selama ini.

“Ia ditambah lagi dengan kecekapan kepimpinan negara mengekalkan perpaduan di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum memboleh-kan Malaysia dijemput Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membentangkan kertas kerja mengenai per-paduan di New York bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pe-rasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2011 peringkat Terengganu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr A Rahman Mokhtar, di sini semalam.

Katanya pengiktirafan du-nia itu jelas membuktikan ke-amanan di Malaysia tidak perlu diragui dan perpaduan di negara ini adalah antara yang terbaik. — Bernama

Beliau seterusnya menggesa rakyat agar terus memupuk perpaduan dengan me-ngekalkan perasaan muhibah dan bekerjasama dengan ke-rajaan bagi mengelakkan sebarang usaha jahat yang ingin menganggu gugat keharmonian negara ini.

Azman Azmin memberi contoh demonstrasi jalanan haram yang diuar-uar puak pengacau pada 9 Julai ini yang dikhuatiri boleh mengancam kestabilan dan keamanan negara.

“Yang paling dibimbangi ialah timbul pula konflik perkauman,” katanya menambah isu itu juga boleh dieksploitasi media asing yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan. — Bernama

No comments: