June 26, 2011

MAB tingkat peruncitan di tiga lapangan terbang S’wak

KUCHING: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAB) merancang me-ningkatkan jumlah peruncitan serta ruang makanan dan minuman (F&B) di tiga lapangan terbang di Sarawak menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi MAB Tan Sri Datuk Dr Aris Othman berkata, tiga lapangan terbang terbabit adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LAK), Lapangan Terbang Miri dan Lapangan Terbang Mulu.

“Di LAK kami merancang untuk meningkatkan jumlah peruncitan dan outlet F&B sebanyak 18 peratus yang dijangka mampu menghasil-kan pendapatan tambahan sebanyak 27 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pelancaran Jualan Mega 1Malaysia yang disempurnakan Timbalan Menteri Pelanco-ngan Datuk Dr James Dawos Mamit di LAK di sini, semalam.

Sementara di Lapangan Terbang Miri mungkin 23 peratus dengan tambahan pendapatan sebanyak 38 peratus sementara Mulu akan di-tingkatkan sebanyak 49 peratus de-ngan jangkaan kenaikan pendapatan sebanyak 32 peratus.

Jelasnya, kini banyak perubahan dilakukan oleh LAK yang menawarkan pelbagai barangan berjenama bermula daripada fesyen hingga ke F&B dan barangan khusus.

“Segala langkah yang diambil di sini (LAK) memenuhi segala pembangunan di bawah Model Komersial Lapangan Terbang (ACM), yang dijangka mampu meningkatkan ruang komersial dan pendapatan di semua 39 lapangan terbang kami sebanyak 30 peratus secara purata-nya,” kata beliau.

Menurut Aris, lapangan-lapangan terbang di serata dunia kini tidak lagi bersifat satu dimensi dan bergantung sepenuhnya kepada peningkatan trafik.

Tetapi untuk kekal bersaing dan meningkatkan pertumbuhan, lapangan terbang perlu mempelbagaikan aliran pendapatan.

“Sehubungan itu inisiatif ACM dibentuk dengan mengambil kira kepentingan para pelanggan bagi memastikan mereka menikmati pengalaman,” katanya.

Tambah beliau, di bawah ACM pembangunan komersial di semua 39 lapangan terbang seluruh negara dibahagikan kepada empat model iaitu Gaya Hidup, Santai, Komuniti dan Tanggungjawab Korporat.

LAK dikelaskan di bawah model Gaya Hidup, manakala Lapangan Terbang Miri di bawah model Santai dan Mulu dikelaskan di bawah model Tanggungjawab Korporat.

Aris dalam pada itu turut mengumumkan MAB juga kini menganjurkan kempen Indulge. Be Rewarded! bagi menyokong Jualan Mega 1Malaysia yang bermula dari 15 Jun sehingga 31 Ogos depan.

Sepanjang kempen, mereka yang membeli-belah di beberapa lapangan terbang antarabangsa seluruh negara termasuk LAK berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya membeli-belah di destinasi-destinasi lapangan terbang.

“Pelanggan yang berbelanja sehingga RM150 berpeluang memenangi baucar tunai beli-belah sementara mereka yang berbelanja sehingga RM250 berpeluang memenangi hadiah menginap semalam di hotel bertaraf lima bintang untuk empat sekeluarga,” kata Aris.

No comments: