MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom menyelar tindakan segelintir ahli parti yang mengamalkan sikap berpuak-puak dan persaingan sesama sendiri.
“Amalan berpuak-puak dan bersaing sesama sendiri dalam parti bukan budaya dalam parti kita yang begitu mementingkan kerjasama. Sikap sebegini tidak baik kerana ia boleh menghancurkan masa depan parti,” katanya.
Mawan berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2011 anjuran Bahagian Wanita SPDP Cawangan Piasau di Hotel Parkcity Everly Miri, malam kelmarin.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Sebastian Ting dan Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Wanita SPDP Piasau, Kaunselor Kijan Toynbee.
Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi menambah, apa jua keputusan dalam parti hendaklah dibuat berdasarkan persetujuan dan muafakat semua ahli.
“Kita tidak harus mewujudkan persaingan sebaliknya bekerjasama atas semangat Barisan Nasional. Apa jua keputusan berkaitan arah tuju SPDP itu perlu dibuat berasaskan konsensus dan mengambil kira pandangan semua anggotanya,” ujarnya sambil menambah pihak yang berpuak-puak hanya mementingkan diri sendiri.
Katanya, sebagai anggota parti pelbagai kaum, mereka perlu meng-amalkan semangat bertolak ansur demi menjamin kekuatan parti.
“Walapun sesuatu kaum itu majoriti, namun ia tidak bermaksud mereka boleh mendominasi ke- dudukan semata-mata. Saya tidak dapat terima bahawa suatu pihak itu patut mendominasi kedudukan hanya semata-mata mereka majo-riti,” katanya.
No comments:
Post a Comment